


Raya berdua di Kuala Selangor.
Dah berdua ni. Kena laa masak sendiri kann. 4 MENU UNTUK HARI RAYAAA.
Menu pertama ni masak lodeh. Dalam ni Cikpijaa letak daging, perut dan pedal ayam. Resepi mak mentua. Hehehe.
Menu kedua. Sambal daging petai. Requested by Husband.
Menu ketiga. Rendang daging, resepi mak mentua jugak ni. Warna merah sebab guna cili kering. Encik suami komen, dia cakap paduuuu. HAHAHA
Menu keempat. Sup daging + gear box. Sedappppp oiii. Cuma tak padu sangat sebab kami kedekut bawang. HAHAHA

Hadiah daripada encik suami sempena hari guru. HEHEHE. Jadi, kita masak sup dan ketupat nasi dalam ni. 20 minit siapppp uiii.

Ketupat nasi. Encik suami yang buat. Dia balut dan dia yang rebus. Cikpijaa memang taktauuu nak buat ni. Sebab orang Kedah biasa balut ketupat palas jeee. Hee. Tapi tahun ni malas nak buat sendiri. Kita beli jeee. Mudah. Balik rebus je. Heee


Raya dengan dua orang kakak di Sabak Bernam dan Sungai Buloh. Alhamdulillah, dapat jugak berkumpul 3 beradik perempuan. Takde laa rasa salam perantauan sedih sangat. Dapat jumpa anak-anak alang. Penghibur hati alang. Hehehe.

Mak dan adik perempuan di kampung. Adik beradik lain tak bergambar. Ni je yang ada. Hahaha

Bergoogle Meet dengan keluarga sebelah suami

Keluarga sebelah suami di Melaka

Gambar raya tahun lepas. Ni sebelah Cikpijaaa di Kedah. Semua adaa kecuali abang ipar sulung sebab dia keje masa hari raya pertama. Rinduuu semuanyaaa. Tahun 2022 baru boleh beraya bersama pulak. Tahun depan giliran sebelah suami. Hehehe. Ikutkan tahun ni, tapi sebab PKP. Tunda tahun depan. HAHAHA
Jadi, SELAMAT HARI RAYA semuaaa ! Mohon maaf zahir & batin sekiranya ada salah dan silap sepanjang kita berkenalan di alam maya ini. Salam kosong-kosong ya ! ❤
STAY AT HOME ! STAY SAFE okay ? KITA PASTI MENANG ❤









12 comments:
selamat hari raya awak :)
@Cik kaella Selamat Hari Raya awak :)
Selamat hari raya, kak.
Salam kenal dari Indonesia. :)
Salam syawal yang ke 12 harini.. orang kedah mesti ada ketupat palas kan. Saya sukaaaaa. Hehe
Salam 12 Syawal.
Selamat hari raya Cikgu Pijaaaa
Selamat Hari Raya!
Selamat Hari raya. Woah jauh ke depan awak pandang ye, sampai ke raya 2022, hahaha. InsyaAllah, moga2 kita ada kesempatan untuk berjumpa lagi dengan Ramadan
Selamat Hari Raya Cikgu! :)
Selamat Hari Raya Puan Pija :)
Semua kuliner raya nya kliatan enak kak 😍😍. Ketupat pun suami bikin sendiri yaa, hebat lah. Tak bisa rasanya saya minta suami saya utk buat ketupat 🤣. Failed yg ada
Selamat Hari Raya Puan Pija.. pandai En Suami anyam ketupat.. terbaikk lah.. :D
Post a Comment