
Hye semua ! ♥
Entry kali nie agak atau sangat panjang berjela. Kalau rasa malas jagan baca. Sekadar luahan dan pandangan semata mata. HARAP MAKLUM. Sekian. Terima kaseh. Peace!! ♥
=========================================================
Isshhh. Apa kes nie Cik Fiza oiii? Tetiba je buat perangai pelik ari nie. Tengah tengah petang yang hening pulak tu. Time orang laen tengah syok syok layan tido, layan tv, layan melantak makanan sedap sedap ka. Isshhh. Pelik sungguh la Cik Fiza nie.
Korang tak tau perasaan Cik Fiza macam mana. Kalau korang tau, korang mesti boleh faham apa yang Cik Fiza rasa sekarang nie. Tapi... apa yang Cik Fiza rasa ek sekarang nie? Huuuu. Isshhh. Rasa apa lagi? Rasa nak kawen la. Puas hati? =,='
Cik Fiza nie mereng agaknya. Tetiba je rasa nak kawen. Ehhh. Tak salah ok. Tak dosa pon Cik Fiza rasa macam tu kan? Bagus apa. Kawen kan sunnnah Nabi. Haa. Pandai la Cik Fiza oii. Time kawen tahu pulak nak ikut sunnah. Ngee~ >.<
Bagus kan pikir macam tu. Rasa macam tu. Yelaa. Kawen kan untuk elak maksiat. Tak dak la mengaibkan keluarga kalau apa apa jadi nanti. Yela kan. Kalau dah dating berdua tu mesti ada orang ketiganya yang asyik sangat nak menghasut suruh buat benda jahat, suruh buat maksiat kan? Haa. Kalau dah kawen, kan boleh elak semua tu. Boleh la nak buat apa yang kita suka kan. Yelaaaa. Dah sah kan. Opss. :DD
Tapi... Cik Fiza memang la teringin nak kawen.
Tapi kan... kalau mak dan ayah tak bagi tak guna jugak kan? Korang pikir apa? Hubungan Cik Fiza dan Mr. Shamet tak dapat restu ke? Ehhhh.. tak tak. *sambil geleng kepala*. Huuu. Sebenarnya, Mak dan ayah Cik Fiza tak bagi kawen lagi sebab Cik Fiza tak abis study lagi. Mr. Shamet pon keje tak tetap lagi. Keje biasa biasa aja. Huuu. Ayah Cik Fiza nak lelaki yang ada kerjaya yang kukuh, yang beriman, soleh, dan yang boleh bimbing dan jaga Cik Fiza dengan baik. Ayah Cik Fiza bukan memilih, tapi kalau korang di tempat ayah Cik Fiza pon mesti korang akan buat benda yang sama kan? Ayah Cik Fiza cuma nak yang tebaek je untuk anak dia yang teruk nie. Hee. Teruk sikit je ye! =,='
Cik Fiza faham. Mak dan ayah Cik Fiza nak Cik Fiza sara mak ayah dan family dulu. Mesti la Mak dan ayah Cik Fiza nak merasa duet anak anak dia dulu kan. Cik Fiza faham. Cik Fiza pon nak sara dan tolong family dulu. Nak balas jasa dan pengorbanan mak dan ayah yang jaga dan bimbing sampai la Cik Fiza dah jadi macam sekarang nie. Terima kaseh mak! Terima Kaseh ayah! :D
So, Cik Fiza kena la bersabar lagi dua atau tiga tahun kalau nak kawen. Hee. Kena tunggu Cik Fiza habis study, dah keje. Dan yang penting sekali Mr. Shamet dah ada kerjaya tetap dan dah kumpul duet yang secukupnya. Hehehe. *Mood gatai dah mai* =,='
Mood gatai nie mula dok tergedik gedik dalam diri Cik Fiza lepas tengok gambar gambar tunang dan kawen kawan kawan Cik Fiza la. Haiisshhh. Jeles kot. >.< Tapi.. Cik Fiza tumpang bahagia dengan semua kawan kawan Cik Fiza. Moga mereka bahagia dan ikatan yang di bina kekal hingga ke akhir hayat dan utuh hingga ke syurga. Amin... :))
Waahhh. Panjang la pulak entry kali nie. Lenguh dan jari jari cumil Cik Fiza nie nak taip. Kalau tak update tu sampai sebulan. Tapi kalau dah start nak update tu sampai tak mau berhenti nak taip. Hikhik. Soorrryyy. :DD
Ok la ye semua. Selamat petang :)
PeasananTulusHati :: Restu dan doa ibu bapa amat penting dalam sesebuah perhubungan bagi menjamin hubungan yang kekal hingga ke penghujung. Sesungguhnya pilihan mak ayah adalah pilihan yang terbaek. Mak ayah lebih memahami dan mengetahui apa yang terbaek buat anaknya. InsyaAllah :)
Pssssss lagi dan lagi :: Cik Fiza nak mintak maaf kat semua kawan kawan blogger. Cik Fiza tak sempat nak blogwalking korang balik dan follow korang balik. Tenat slow la pulak kat umah Cik Fiza nie. Hee. Maklum la. Cik fIza dok kampung kan. Cisss. ALASAN! Ehhh. tak tak. memang betul nie. Bukan Cobaan. Huu. Nanti nanti Cik Fiza blogwalking dan follow korang balik ya! Cik Fiza janji. :)
Terima kaseh tau buat yang FOLLOW dan bologwalking kat blog Cik Fiza yang tak seberapa nie. SAYANG korang banyak banyak. Nah.. tisshhh cikit. Muuaaahh ♥







No comments:
Post a Comment