Monday, January 16, 2012

Kalau sayang...


Hye semua ! 



"Jadikan situasi ini sebagai iktibar kepada mereka yang sedang hangat bercinta.. Ketahuilah bahawa bercinta sebelum kahwin adalah jalan menghampiri zina dan ianya mampu untuk berzina...Oleh itu halalkan segera perhubungan anda itu.."
 Peace !! 

Sebelum tu Cik Fiza nak cakap yang....

**Entry nie tak ada kena mengena dengan sesiapa mahupon yang hidup atau yang telah tiada di muka bumi ini. >.<

Sekadar RENUNGAN BERSAMA je. Yang elok datang dari Allah SWT dan yang buruk itu dari Cik Fiza sendiri. :)

Jum KLIK SINI dan SINI ya :)

Terima Kaseh ya semua. Jemput baca ya! Hee. :D

SITUASI ::

Wanita 1 : Betul U sayang I ??
Lelaki : Ye sayang, I tak tipu.
Wanita 1 : U nie, jangan laa pegang2 I..
 Lelaki : I pegang sikit je sayang..
Wanita 1 : Tak nak laa.. Kalau terlanjur macam mana?
Lelaki : Kita kahwin laa.. I jumpa keluarga u ..
 Wanita 1 : Betul? U nak kahwin dengan I?
Lelaki : Betul sayang.. Sumpah.. u diam je..jangan cakap apa-apa,I pegang sikit je..boleh ye sayang??


SETAHUN SELEPAS ITU..

Wanita 1 : Sampai hati..U tipu I.. Dulu u kata nak nak kahwin dengan I.. Tapi bila u dah dapat..U nak kahwin dengan perempuan lain..
Lelaki : I lelaki, U ingat I nak kahwin dengan perempuan yang senang-senang I boleh dapat? I nak perempuan yang suci..Bukan macam u, yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kahwin dengan U?
Wanita1 : Sampai hati u cakap macam tu, dulu.. Masa u nak, macam-macam janji manis u bagi. Tapi sekarang u salahkan I?
Lelaki : I lelaki.. I cuma nak uji u je.. Tapi dah u bagi,I ambil laa. .
Wanita1 : U memang lelaki tak guna.. I menyesal kenal dengan u..
Lelaki : U menyesal? Tapi I puas.. Jangan lupa datang kenduri I nanti.
Wanita1 : U akan dapat balasannya nanti . .

 Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya..

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA..

 Lelaki : Sayang… I love u so much..
Wanita 2 : Me too sayang..
 Lelaki : I bertuah kahwin dengan u.
Wanita 2 : I pun, sayang.. I ada something nak beritahu kat u..
Lelaki : Apa dia sayang?
Wanita 2 : Sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tidur dengan I.. I pernah tidur dengan semua teman lelaki I.. Untuk suka-suka je..Cari kepuasan sebelum kahwin.. Tapi bila nak kahwin,I cari lelaki baik macam U untuk jadi suami I.. U tak kisahkan?
 Lelaki : apa???? (terkejut)

=========================================================
Allah Swt berfirman :: 
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (An-Nur’:26)


** Ingat ye kawan kawan semua. Kalau sayang sekalipun... jangan musnahkan apa yang korang ada. (untuk golongan wanita). Tak semestinya lelaki yang kita kapel akan jadi suami kita kelak. Bercinta bagai nak rak, last-last kawen dgn orang lain. So, jagalah adab dan perlakuan masing masing. Jangan sampai ada yang merana. Huuu. >.<

"BERCINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI"

Kalau sayang, jagalah adab dan selalu la berdoa moga jodoh korang panjang. Amin.. :))
Kalau ada jodoh tak ke mana kan? Heee. ^^


PesananTulusHati :: Pesanan untuk diri Cik Fiza jugak. Sekarang dah jarang mesej. Mesej kalau penting je. Saja sibukkan diri dengan kerja yang lebih berfaedah. Ngedate pon dah jarang sangat. =,=' 
**Elak jumpa berdua**

InsyaAllah Cik Fiza sedang berusaha jadi seorang perempuan solehah yang menjaga adab dalam pergaulan seharian. 

No comments:

 
>