Ehem ehemm~ Bila hati dah sayang? Hai Cik Fiza? Sayang kat sape tu? Errr.. Sayang semua la. Sayang korang korang la ! Eleehhh.. Tipu la tu ! Ehhh. Tak tak, *sambil geleng geleng dan garu kepala* >.< Siyes nie. Cik Fiza sayang semua follower Cik Fiza nie. Tanpa komen dan kritikan yang membina daripada korang semua Cik Fiza tak de nya nak jadi blogger kan. Hee
Bila dah lama dalam dunia blogging nie rasa best la pulak. Boleh kenal ramai kawan dan baca entry diorang yang best best. Kadang kadang tuh bila rasa boring, sedih dan keseorangan je, boleh bukak blog dan blogwalking melawat kawan kawan sambil baca entry diorang yang best dan boleh buatkan kita ketawa sorang sorang kan? Sampai rumate pandang pandang semacam je. Geram agaknya buat bising dalam bilik hak bersama. Errr :DD
Bila bercakap pasal sayang sayang nie, mesti korang rasa macam di buai buai je kan? Hikhik. *Buai la sangat* Tetiba je nak berjiwang bagai apahal Cik Fiza oit? Huuu >.<
Sebenarnya, setiap manusia di ciptakan untuk rasa dikasihi, disayangi, menyayangi dan mengasihi. Tipu la kalau ada orang yang tak da perasaan untuk berkasih sayang bukan? Even binatang pon ada perasaan kasih sayang dalam diri diorang. Tak kan kita sebagai manusia yang di kurniakan akal yang sempurna nie tak da perasaan cam tu kan?
Berbalik kepada tajuk d atas, Bila Hati Dah Sayang. Cik Fiza rasa korang pon mesti dah lali dan tuli kan dengan benda benda alah macam nie. Bila hati dah mula sayang dekat someone tuh mesti seseorang tuh akan buat apa je even sanggup bunuh diri untuk dapatkan cinta someone tuh kan? Errr~ *orang tuh memang tak da otak sampai sanggup bunuh diri bila dah kecewa... Opsss*
Tak salah kalau nak sayangkan seseorang tapi kita kena ingat, sayang kepada manusia nie sayang yang sementara je. Sayang kepada Allah adalah sayang yang kekal abadi. InsyaAllah...
Jangan sayangkan seseorang melebihi sayang kita kepada Allah kerana kelak akan memusnahkan diri. So, tak hairan la kalau seseorang tuh akan bertindak melakukan perkara perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah kalau sayang yang ada dalam dirinya tuh di penuhi dengan hawa nafsu semata mata. Nauzubillah...
Sebab sayang yang melampau jugak la terjadinya kes kes keruntuhan akhlak yang saban hari di siarkan dalam tv dan newspaper tuh ! Hurrmm. Bila sayang yang berlandaskan nafsu macam tu la jadinya. Masa mula mula buat, dalam otak tuh tak terpikir pon halal haram, dosa pahala. Apa yang diorang pikir nak seronok je. Tapi bila benda dah jadi, nak undur balik pon dah tak boleh. Bila pikiran dah buntu, tertekan tak tau nak buat pilihan, mula lah ambik tindakan bodoh. Buang anak la, bakar anak la, bunuh anak la, jadi pelacur la.. Nauzubillah... Simpang malaikat 44...
Cinta berlandaskan nafsu.
SITUASI trinologi berdasarkan susunan gambar ::
Bemadu kaseh di tempat awam. Haishhh >.< Agak agak la kan?
Bahana Nafsu.. Errr...=,='
Lahirnya anak yang tak berdosa...
Kesian dekat baby nie. Tak berdosa pon kan? Hurmm.. ;(
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna
**Gambar ehsan dari Mr. Google**
Kesimpulannya, jagalah batasa batas dalam pergaulan. Elak daripada melakukan perkara perkara yang dimurkai dan dilaknati oleh Alah SWT. Bertaubatlah anda sebelum anda ditaubatkan. Renung renungkan dan selamat beramal ^^
Dekatkanlah diri kepada Allah, selalulah berzikir, jagan tinggal solat, melakukan perkara sunat, amal ibadat dan InsyaAllah iman kita akan sentiasa mantap dan sekaligus terhindar daripada perkara perkara yang jahil.
Di bawah nie disertakan lagu Bila Hati Dah Sayang. **Tajuk je yang berkaitan. Entry tak berkaitan HARAP MAKLUM ya :DD**
LIRIK
Scoor ::Bila Hati Dah Sayang
Bila hati sudah sayang Semua menjadi indah
Marah bagaikan gurauan Bencimu tak kudendami Apalagi senyumanmu Ku terbayang kala rindu
Tidak perlu kujelaskan Apa yang aku inginkan Berkasih biarlah satu Bercinta setia di hati Hanya itu yang kuharap Moga hatikan bersatu
( 1 ) Sepenuh rindu hatiku merindu Debunga cinta penuh di jiwa Terlalu payah nak ku melupakan Bila hati sudah sayang Aku jadi gila bayang Memuja bulan bintang yang membisu
Entah apa lagi kuluahkan Untuk ku menyatakan cinta Setengah nyawaku menahan ( 2 ) Mabuk cinta sakit cinta Rindu makin menyesak Namun orang yang di sayang Diam bersahaja ( ulang 2X )
( ulang 1 sampai habis )
Usah bermain rasa jika hanya menduga Nanti tersentuh hati pedih menyeksa diri Dengarkanlah rayuanku Berikanlah kasih sayangmu
PesananTulusHati :: Moga kita terhindar daripada perkara perkara yang buruk. Tetapkanlah iman hamba mu yang hina ini Ya Allah. ^^
4 comments:
betulbetul.
meakseh cik pijaaa bagi ingatan.
semoga kita semua terhindar dari cinta yang berlandaskan nafsu semata mata.
amin :)
bila hati dah sayang....
syg me kt dia tak mcm syg dia kt me.. ~,~
Haha. Masa mula mula dewi baca tajuk entry nieh pun dah terngiang ngiang lagu BILA HATI DAH SAYANG. bhahaha :P
iya. setiap perkara ada batasnya. kesian baby tueh. uhuhhh. menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian dah tak ada makna dahhh.
semoga kita sentias terlindung dari hasutan syaitan dan sentiasa berada dalam rahmat ALLAH s.w.t. yang MAHA ESA hendaknya. InsyaALLAH amin :'D
wah entri menarik..hihi
Post a Comment