Wednesday, February 15, 2012

Merokok sebab nak nampak MACHO ke?






Hye semua !

Eeeeiii~ geli + takot + seram tengok gambar nie. Huuu >.<

Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu kenapa?

Sebabnya ::


Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..!
Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..!
Menyalakan api adalah kesukaan syaitan...!
Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi...!!
Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib...!


~ Renung renungkan, dan selamat beramal ya kawan kawan! >.<
Merokok sebab nak nampak macho ke? Macho pada pandangan sape? Awek awek di sekeliling. Huu. Tak tau la kan. Pandangan masing masing. Memang betol kan? Ada sesetengah yang merokok sebab nak nampak macho. Ada jugak yang nak nampak berani, stylo, bergaya, smart dan sebagainya. Dan ada jugak yang merokok nie sebab nak lepaskan tension. Hurmm. Macam macam sebab ada kan. Macam ASTRO la pulak. "Macam macam ada" Hee. ^^ 


Tapi tau tak korang yang merokok nie bahaya? Mesti semua tau kan? Tapi kenapa masih nak merokok lagi? Sebab dah jadi kebiasaan? Tak boleh hidup tanpa rokok? Rasa macam tak lengkap je hidup? Hurmm. Macam macam alasan kan. Tapi apa yang pentingnya di sini ialah MEROKOK TETAP MEMBAHAYAKAN KESIHATAN!

Ingat ye semua. Merokok membahayakan kesihatan. Kat kotak rokok pon dah ada amaran dan gambar yang menyatakan bahawa rokok nie boleh merosakkan anggota badan kan? So, cuba lah untuk berubah. Ingatlah orang yang tersayang. Kesian orang yang sayangkan korang tu. Kalau korang merokok, orang yang ada di sekeliling korang pon akan turut terkena tempias atau kesan dan boleh mengakibatkan penyakit yang kronik jugak seperti asma, sakit jantung dan sebagainya. Nak tau kenapa? Sebab asap rokok yang korang hisap tu turut di hidu oleh orang yang ada di sekeliling korang tahu? Sangat bahaya. Jadi, tolongkah PRIHATIN dengan keadaan nie ye kalau KORANG SAYANGKAN orang tersayang! **merujuk kepada family atau sesiapa saja yang korang sayang sangat.

Ada ramai yang cakap, merokok nie susah nak di ubati atau di tinggalkan kan? Tambah tambah kalau perokok yang tegar kan? Bagi Cik Fiza, semua tu terletak atas diri sendiri je. Kalau korang bersungguh sungguh nak yang terbaek untuk korang dan orang laen tentu korang akan usahakan jugak walau macam mana cara sekalipun kan? Pernah dengar pepatah nie kan? "Di mana ada kemahuan di situ ada highway! Ehhh!silap silap, "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan" atau "Usaha tangga kejayaan" ^^

InsyaAllah kalau korang betul betul nak berubah, semua benda yang korang impikan tu akan menjadi kenyataan. Cik Fiza tak suruh berhenti secara drastik cam tu je. Beransur ansur la. Takot nanti sakit atau nazak pulak tak dapat merokok tu. Kan bahaya kalau dapat penyakit laen. Huu >.< Korang boleh kurangkan merokok dari sehari ke sehari. Contohnya macam hari nie korang hisap 1 kotak rokok, esok hisap la 3/4, lusa pulak hisap setengah, tulat pulak suku dan tungging pulak tak payah hisap. Hee. InsyaAllah boleh. Demi orang tersayang! Nawaitu tu penting ye! ^^

Tapi... Kalau korang nie memang perokok yang tegar dan memang tak makan saman **tak dengar nasihat, hati keras macam batu yang kalau lenyek tetap tak akan penyek**, boleh kalau korang nak merokok. Tapi dengan syarat! Jangan merokok di khalayak ramai. Huu. Bahaya tau tak? Dengan hidu asap je kita dah boleh di jangkiti penyakit.   

Satu lagi korang kena ingat, kalau ya pon nak menghisap rokok, hormat la orang yang ada di sekeliling korang tu. Jangan menghisap rokok di depan diorang. Kesian la diorang tu dok tahan hidung kembang kempis je tahan nafas. Yelaa. Asap rokok tu bau kuat kot. Bahaya pulak tu. Tambah tambah kalau kat kedai makan. Bagi lelaki lelaki yang penghisap tegar nie mesti akan hisap jugak kan lepas makan? **Cepat ngaku! Huuu >.<. Kalau susah sangat nak berhenti,  dah gian atau ketagih sangat, korang hisap la jauh dari orang ramai yang ada dekat gerai makan tu. Huu. Orang ramai yang ada kat situ mesti tak selesa nak makan kalau asyik hidu bau asap korang je! So, AWAS ya! Elakkan! >.<

Untuk yang dah kawen dan ada anak, elakkan merokok depan anak anak korang yang masih lagi baby atau kecik kecik lagi. Bahaya untuk kesihatan anak korang. Korang mesti sayangkan anak korang kan? Sapa tak sayangkan anak kan? Even binatang pon sayangkan anak. Memang tak patut la kalau ada yang tak sayangkan anak sendiri kan? Anak tu kan pembawa rezeki. ^^

Jadi, Cik Fiza ingin tekan kan sekali lagi di sini bahawa MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN!! 

KATAKAN TAK NAK PADA MEROKOK! !

Amaran keras dari Blogger Cik Fiza~

Saudara Saudaraku SEKALIAN... BERHENTILAH MEROKOK.... hidup lebih sihat tanpa merokok...Alhamdulillah..hargai lah nyawa anda ......Ingatlah orang yang tersayang!


PesananTulusHati :: Kalau ya pon korang tak sayangkan nyawa korang, korang sayang la nyawa orang yang berada di sekeliling korang. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak berguna lagi. Peace! ^^ 


4 comments:

jahajahatable said...

ish..teroknye....

H.K.L said...

betul tu, merokok tu tidak ohsemm dan cool okay?? ehhe

Cikpijaaa said...

@jahajahatable Tu la kan? Huuu~ Memang teruk :D

Cikpijaaa said...

@[ wanni ] Hikhik. Kan? Kan? Merokok tu x besttt pon. Hee ^^

 
>