Sunday, May 6, 2012

Sekitar Majlis Pernikahan dan Malam Berinai Awal & Scha Al Yahya :)


Hye semua !

Seperti yang kita semua sedia maklum, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya sudah pun bergelar suami isteri pada 4 Mei 2012. Hee. Congrats buat Awal dan Scha ! Cik Fiza peminat mereka berdua tahu? Sebab diorang nie couple yang paling sweet bagi Cik Fiza dalam golongan artis. Ehemm. =P

Opss. Harap maaf ya ! Majlis pernikahan diorang nie dah lepas 2 ari, tapi nak jugak update n3 sebab minat punya pasal. Hohoho =P



Tak nak cakap banyak, jum layan gambar ok ! Siyes comel :DD

Sekitar photoshoot Pra-perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya.


Gambar pra kahwin awal dan scha yang berkonsepkan 'the best man win'Ohsemm kan gambar nie? 

Gambar sekitar Majlis Pernikahan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya

Awal berdebar-debar. Hikhik :DD




Gambar perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
Comel kan diorang? Sweet sangat ! ^^


Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pegawai Agama, Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima RM2,050 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Selain set barang kemas dari jenama Lazard Diamonds, antara barang hantaran lain yang diberikan Awal kepada Scha termasuklah sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sehelai pakaian, kasut jenama Christian Louboution dan beg tangan jenama Dior, kurma dan kek.

Manakala Scha membalas sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet jenama Bottega Veneta, kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sehelai baju Melayu, coklat dan kek.

Scha tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung manakala Awal segak berbaju Melayu dari rona sedondon iaitu putih rekaan Saiful Baharim.
Astro Ria (saluran 104) menyiarkan secara eksklusif siaran langsung majlis perkahwinan dua selebriti terkenal tempatan ini.

Awal Ashaari akan berlepas ke New York, Amerika Syarikat pada 8 Mei 2012 bersama isterinya, Scha Al-Yahya untuk berbulan madu.


Sekitar Majlis Perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya 

gambar malam berinai scha awal
gambar malam berinai scha awal
gambar malam berinai scha awal
gambar malam berinai scha awal
Suka la dengan baju diorang ! Sangat cantik ! Nanti nak warna nie jugak la boley? Menyerlah kottt. Ngee :DD


PesananTulusHati :: Moga hubungan kalian dirahmati oleh-Nya dan kekal hingga ke jannah. Lahirkan anak-nak yang comel ya. Hikhik =P


1 comment:

Azee Hana said...

saya pon suke tengok dieorang dua ni..hee

 
>