Tuesday, May 1, 2012

'Thank You Cikgu! Giveaway by Mala Nasohah'

Hye semua !

Nak JOIN? Juz KLIK banner ok ! ^^

Tarikh : 30 April 2012 sehingga 16 Mei 2012 


Sajak Khas sempena Hari Guru ::



SEKAPUR SIREH BUATMU GURU

Guru,
Engkaulah penyuluh hidup anak bangsa,
Yang bisa menerangi dengan cahaya ilmu,
Yang bisa mencoret dengan keluhuran budimu,
Yang bisa membentuk dengan kasih sayangmu,
Engkaulah insan istimewa.
Guru,
Engkau bak mentari menyinari siang,
Engkau bak bulan menerangi malam,
Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka!
Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa,
Engkau insan gemilang.
Guru,
Tanpamu tiadalah anak bangsa,
Yang bisa mencorakkan Negara,
Engkau mendidik kami ke arah kebenaran,
Membentuk bangsa yang berwawasan,
Engkau insane cemerlang.
Guru,
Engkaulah lilin menerangi kegelapan,
Menerangi cahaya kejahilan di hati kami,
Membentuk sanubari yang suci murni,
Mendidik kami menjadi sejati,
Engkau insane terbilang.
Guru,
Sekuntum terima kasih kami berikan,
Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insane bijak bestari,
Engkau pencetus evolusi kami,
Terima kasih guru!

Nukilan :: Ahmad Abid Khairuddin


Cik Fiza tujukan sajak kat atas buat cekgu cekgu Cik Fiza yang dah banyak berkorban dan bersusah payah memberi didikan dan ilmu yang berguna buat Cik Fiza selama nie. Tanpa mereka, siapa lah Cik Fiza sekarang. Ngee. :DD

Terima kaseh Cik Fiza ucapkan buat semua cekgu cekgu Cik Fiza sebab dah banyak bagi tunjuk ajar dalam semua bidang hingga Cik Fiza berjaya menjejakkkan kaki ke menara gading. Ahamdulillah dah 3 tahun kat UUM nie. Dan InsyaAllah Cik Fiza jugak bakal bergelar guru kelak. Amin... :) **Doa2kan ye kawan2 ! ^^


Cik Fiza tag :: 


1 comment:

 
>