Sunday, January 19, 2014

3 in 1 | Kenduri, Graduation Day & Isu Posting Guru


Lamanya tak jenguk blog comot ni. Alasan ? Busy jadi babysitter Aisha Zahra semenjak dah habis study. Cepat je masa berlalu kan. Alisha Zahra dah 6 bulan sekarang. Perghhh ! Lama sungguh. Kesian kau blog. Dah la comot. Tuan pulak menganaktirikan kau sejak-sejak dapat baby yang lebih comel dari kauuuu. Ngee >.<

Banyak benda nak story mory dengan korang. Okay, kita cerita satu-satu ya. Hee.

Firstly, nak cerita pasal kenduri kahwin kakak Cik Fiza yang sulung. Kenduri kahwin along. Kenduri ni masa bulan 11 harituuu. Dah 3 bulan dahhh. Dan, Cik Fiza dapat good newssss ! My sis pregnant. Yeayy ! Nak dapat anak sedara lagi. Nak request baby boy pulak. Boleh tak ? Ngee >.< Banyak lagi gambar. Tapi malas nak godek-godek lappy. So, gambar syok sendiri pon okay kan. Hihihi


Then, nak cerita pasal kovokesyen harituuuu. Cik Fiza dah konvo tauuu ! Majlis konvokesyen Cik Fiza 1 Disember 2013 yang lepas. Hihi. Perasaan ? Semestinya I'm proud with myself. Congrats to me. Yeayyy ! After 4 years, i got this. I'm officially UUM graduated. ^^


Terima kasih mak, ayah & family tercinta yang menjadi sumber inspirasi dan tulang belakang untuk Cik Fiza mengejar kejayaan. Jasa & pengorbanan kalian tak ternilai harganya. Hanya segulung ijazah yang tak seberapa dapat digenggam demi memenuhi harapan family tercinta. Finally, after 4 years, Cik Fiza dapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian Kelas Pertama dengan CGPA 3.73. Alhamdulillah. Syukur atas kurniaanMu. 


Buat sahabat-sahabat seperjuangan. Terima kasih selalu ada ketika jatuh bangunnya saya sepanjang 4 tahun di bumi sintok. Rosa, Hajar, Fatin, Fizah, & Falihin (Tiada dalam gambar) :: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian. Ika & Min :: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (IT) dengan Kepujian. Elly :: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) dengan Kepujian. Bakal guru semuanya. InshaaAllah. Sahabat Cik Fiza di UUM merangkap roomate & coursemate.Kenangan bersama kalian akan sentiasa segar dalam ingatan. Sahabat till jannah. InshaaAllah. Till we meet again :*


Kat bawah ni semuanya gambar syok sendiri. Hihihi. Seharian di UUM harituuuu. Rasa macam tak mau balik. Rindu UUM. Rindu kawan-kawan. Rindu nak study lagi. Keinginan nak sambung master tuuuu adaaa. InshaaAllah. Moga dipermudahkan urusan. Maybe lepas posting tak pun dalam masa terdekat ni. Posting pon tak tau bilaaa. Menunggu dan terus menunggu. Janji Allah itu pasti. Mungkin bukan sekarang. InshaaAllah satu hari nanti. Hanya mampu berdoa. :)



PesananTulusHati :: Isu posting sekarang nie. Masalah penempatan. Hanya 30% graduan terbaik yang akan diambil sebagai guru. Lagi 70% ? Nak letak mana ? Nak yang terbaik ? MEDSI. Interview sebelum masuk U. Study kos pendidikan 4 tahun di IPTA. Tak cukup lagi ke ? Hurmm. Rezeki masing-masing kan. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Hanya mampu berdoa. Kalau ada rezeki Alhamdulillah. Kalau tak da, maybe ada yang lebih baik sedang menanti kan. Keep smile. ^^





1 comment:

wantie said...

tahniah..

wah rasa mcm nak sambung belajar la kalau cenggini. mcm best je kan..

 
>