
Hai semua ! Wahhhh, tajuk nak gempak je kan ? Hahaha. Sorryyyy =P
Lamanya tak update blog comel nieee. Last update Bulan Januari 2014. Sekarang dah Bulan Oktober 2015. Kira sendirilah ye dah berapa lama tak update. Hahaha. Sebab ? Dah kerja sekarang. Dah takde masa nak menghadap laptop nak menaip kisah-kisah cinta, kehidupan. Masa banyak dihabiskan dengan kerja, makan dan tidur ! Tidur tuu benda yang paling wajib dibuat. Hahaha. Malasnya lahhh cikgu nie. Opsss ! =P
Okay. Nak ceritakan serba sedikit apa yang terjadi sepanjang kehilangan penuh misteri Cik Fiza dalam dunia blogging nie haa. Bagi blogger-blogger yang pernah blogwalking, singgah kat blog Cik Fiza yang comel nie, mesti pernah terbaca kan pasal Cik Fiza, Cik Fiza nie dulu pelajar pendidikan di Universiti Utara Malaysia. Alhamdulillah, tanggal 1 Julai 2014 dah selamat dipostingkan dekat SMK Tun Tuah, Melaka. Jauh merantauuuu. >.< Dah setahun dua bulan mengajar dan bergelar seorang guru. Cikgu Hafizah. Alhamdulillah. TERCAPAI CITA-CITA. Heeee =)

Okay, dah kerja. Dah ada gaji sendiri. Alhamdulillah, bolehlah tolong emak serba sedikit nak sara adik-adik yang masih belajar. Untuk makluman semua, banyak kenangan manis dan pahit yang jadi dalam hidup Cik Fiza sepanjang Cik Fiza dah tak aktif dalam dunia blog nie. Bulan Julai 2014 dapat posting. Bulan Disember 2014 ayah Cik Fiza meninggal dunia disebabkan serangan jantung. Sedih sangat hilang tempat bergantung kasih, sayang, harapan dan semangat. Pemergian arwah ayah sangat terasa bagi kami adik-beradik. Sebab tanpa ayah, kami adik-beradik tak akan berjaya sampai tahap sekarang. Arwah ayah yang bekerja siang malam tanpa mengenal erti penat dan lelah serta jemu bagi menampung perbelanjaan anak-anak dan membahagiakan anak-anak.
Alhamdulillah, kami bangga dengan apa yang arwah ayah dah buat pada kami adik-beradik. Tiga orang anak ayah dah berjaya. Anak sulung ayah dah bekerja sebagai Pegawai Amanah Ikhtiar Malaysia, anak kedua ayah dah jadi Inspektor Polis. Anak ketiga ayah dah bergelar seorang guru. Walaupun tak sehebat mana kerjaya kami, alhamdulillah, berkat didikan mak dan ayah kami berjaya dalam bidang masing-masing. Ayah dah tinggalkan amanah untuk kami jaga iaitu mak dan adik-adik yang masih lagi belajar untuk mencapai cita-cita. Kami bertiga akan berusaha sehabis baik supaya adik-adik juga berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. InshaaAllah. Anak keempat ayah Tahun ke 4 dalam Jurusan Logistik di UniKL Johor Bahru, anak kelima ayah Tahun ke 2 dalam Jurusan Undang-Undang di UIAM, anak keenam ayah di Matrikulasi UIAM dalam jurusan Humance Science dan anak ketujuh ayah Tingkatan 3. Baru lepas menduduki Peperiksaan Tingkatan 3 minggu lepas. Harap bejaya memperoleh kejayaan yang cemerlang supaya dapat mengikut jejak langkah abang-abang dan kakak-kakak. =)

Gambar raya Tahun 2014. Raya pertama tanpa ayah. Kakak sulung pun takde dalam nie. Sebab raya sebelah emak mertua. Maaf lah ye. Hee :)
Okay tuu jelah kot nak kongsi setakat nie. Rasa malaslah pulak nak menaip panjang-panjang. Bukan ada sapa nak baca pon kan. Penat je bebel sorang-sorang. Hahaha. Nak jamu mata korang semua dengan gambar jelahhh. Hehehe. =P

Ni gambar anak-anak Cikgu Hafizah. Guru kelas 3 Rancangan Khas. Doakan kejayaan mereka ye semua dalam PT3 2015. :)

Haaa. Nilahh gambar kelas 3 Rancangan Khas. Heee. Omey takk ? Sorry ye. Nasiblah dapat guru kelas macam nie. Minat pink punya pasal, habis kelas pon jadi pink. Hahaha. 7 kali dapat Anugerah Keceriaan Kelas Kategori Menengah Rendah. Alhamdulillah. :)

Okayy. Ni kakak-kakak kesayangan hamba di sekolah. Kakak-kakak yang sekepala. Hee. Ada Kak Nisah, Kak Aju, Kak Tehah, Kak Murni, Kak Nik, yang belakang tuu Kak Farha, Kak Gee dan Kak Ani. Tiada dalam gambar, Abid dan Kak Aisyah. Hee. Sorry ye. =P

Adek kesayangan akakkk. Akak doakan adik berjaya dalam PT3. InshaaAllah. :)




Bukan selalu post gambaq selfieee. Yekeee ? Hahaha
Terasa comel lah pulak. So, kita post gambaq selfiee banyak-banyak ehh ? Hahaha
~Jangan kecam saya pleaseeee =P
PesananTulusHati :: Blog akan direnovate dalam jangka masa terdekat. Mohon pejamkan mata ye kalau ada yang comot momot. Hehehe =P






1 comment:
😍
Post a Comment