
Korang tahu tak?
Nabi banyak menangis kerana risau pada ummat, sedangkan kita banyak ketawa atau menangis dengar & tengok rancangan kelakar & sedih.
Nabi solat tahajjud sampai bengkak kaki, tapi kita main futsal sampai patah kaki....
Nabi selalu beriktikaf di masjid, kerana duduk dalam suasana iman & amal di masjid, maka hati & akhlak akan terbentuk. Tapi kita? Kita banyak duduk depan komputer atau TV kat rumah, x kurang jugak yang lepak kedai kopi.
Nabi suka tolong isteri memasak, sehinggakan bila sorang sahabat bagi salam di rumah Nabi, maka Nabi telah keluar dalam keadaan lengan bersingsing & debu tepung memutih di tangan baginda. Tapi sekarang, isteri memasak kat dapur, suami terlentang kat sofa.
Tahu tak, andai kata stiap langkah Nabi berjalan akan tumbuh rumput, maka seluruh Mekkah & Madinah akan dipenuhi rumput kerana Nabi selalu berdakwah lorong ke lorong, pintu ke pintu, kabilah ke kabilah, hati ke hati, sedang kita berarak setahun sekali hari ni, nak banding amalan dakwah Nabi, masih jauh seperti langit dan bumi.
Subhanallah.. :'(
INSAF~ Renung renungkan & selamat beramal ya :)






No comments:
Post a Comment