Saturday, December 31, 2011

Drama terbaru Slot Akasia Tv3 | Gemersik Kalbu


Hye semua! 

Drama slot Aksia Tentang Dhia baru je abis Hari Khamis lepas kan? Mesti korang pon dah tengok kan iklan terbaru pasal tayangan drama yang akan muncul selepas drama Tentang Dhia. Drama yang bakal di tayangkan dalam slot Akasia ialah drama Gemersik Kalbu.

Macam drama Tentang Dhia jugak, drama terbaru yang bakal ditayangkan nanti turut diadaptasikan daripada novel Gemersik Kalbu karya Anis Ayuni. Banyak kan drama atau filem yang diadaptasi dari novel. Contoh macam Filem Ombak Rindu dan banyak lagi. Memang berbaloi la kalau novel yang diambil untuk di angkat sebagai drama atau filem tu mempunyai peminat fanatik yang tersendiri. 


Hee. Cik Fiza sebagai salah seorang peminat hantu NOVEL yang ada di pasaran nie memang wajib la tengok drama atau filem yang diadaptasi daripada novel nie. Rugi kot kalau tak tengok. Hee. Korang pon mesti tengok tau. Rugi weyhh tak tengok. Siyes Cik Fiza cakap. Hee. :D
*tolong promote cikit industri perfileman negara Malysia* :)



Gambar sumber dari Google*

Melalui poster di atas, Aqasha dan Ayu Raudhah merupakan watak utama. Selain mereka, ada Fazren Rafi dan Anzalna Nasir. Jum tengok ramai ramai drama terbaru ini ye. Ok lah, Cik Fiza nak bagi info cikit pasal drama nie. 
:: Cerita Ayu Raudhah dan di sebalik tabir penggambaran Gemersik Kalbu yang menarik untuk diketahui. ::


Kisah benar, semasa penggambaran drama tersebut, Ayu Raudhah telah mengalami keguguran bayi pertamanya. Ayu Raudhah sebenarnya juga bukan pilihan pertama untuk watak heroin dalam drama tersebut. Mengikut cadangan pada awalnya, Aqasha akan digandingkan dengan Rita Rudaini. Disebabkan Rita Rudaini sibuk, maka pihak penerbit mencari pengganti Rita. Akhirnya, Ayu Raudhah terpilih untuk memegang watak Raihana dalam Gemersik Kalbu.

Sinopsis Drama Gemersik Kalbu
Raihana… pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya… bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian… cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah… semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?


P/s ::  Berbaloikah pengorbanan Ayu Raudhah dalam drama ini? Sama2 kita saksikan.

Sumber asal kat sini 


3 comments:

EDtv said...

Selalu la singgah blog EDtv utk mengetahui info2 drama TV3 terbaik pilihan ED.. Hehe..

Cikpijaaa said...

Hehehe. InsyaAllah. Akan selalu jenguk blog ED. Suka ek tengok drama TV3 :)

EDtv said...

ED suka tengok drama2 TV3 yang tertentu je. Kalau menarik, baru ED update kat blog..

 
>